Salam...
Semalam saya membaca satu juzuk al-Quran dan mengulangi hafalan..tergerak dihati untuk berkongsi cara hafalan yang pernah digunakan. Lain orang,lain caranya tapi rasanya tak salah untuk saya berkongsi.
Secara Basicnya:
Baca-Faham-Baca-Hafal-Tinggal-Ulang
1)Baca---Baca muka surat yang hendak dihafal sehingga lancar. Jangan sekali-kali menghafal selagi tidak lancar.Proses pertama ini memerlukan anda membaca.bukannya menghafal.Mungkin memerlukan sehingga 5-10 kali bacaan, bergantung kepada kelancaran membaca. Proses ini memudahkan untuk menghafal disamping mengetahui kesinambungan ayat. Peringatan: Proses hafalan belum bermula!!
2)Faham---fahami ayat dengan mengetahui maksud. Rujuk kepada tafsir. Proses ini membantu kita dalam memahami jalan cerita disamping mendalami ilmu bahasa Arab.
3) Baca--Baca semula ayat-ayat tersebut dan sesekali rujuk tafsir.Proses ini memantapkan lagi persediaan sebelum hafalan.
4)Hafalan--Mulakan menghafal!!Ayat perlu dihafal satu persatu.sekiranya ayat tersebut panjang,bahagikan ayat tersebut kepada beberapa potongan. Namun tetap anda perlu menghafal ayat satu persatu.
5)Tinggal--Diingatkan,perlu menghafal ayat satu persatu. Selepas hafal satu ayat, tinggalkan..kemudian hafal ayat seterusnya.kemudian tinggal..Sehingga ayat yang terakhir..hafal kemudian tinggal.
6) Ulang--Proses ini amat penting!!Segala hafalan yang ditinggal tadi perlu diulang semula..Sekiranya anda lancar dalam proses pertama,maka tiada masalah untuk mengulang.Anda sudah tahu kesinambungan ayat-ayat..lebih2 lagi sekiranya anda faham maksud dan mengetahui kisah disebalik ayat tersebut (Proses kedua).
Banyak lagi teknik yang ada tapi saya hanya menggunakan teknik ini.
Bila masa yang sesuai??Ianya bergantung kepada empunya badan. Tapi tak salah kiranya saya berkongsi.
1)Baca-Faham-Baca dilakukan selepas Subuh.
2)Hafal-Tinggal dilakukan selepas Subuh atau Asar
3)Ulang dilakukan selepas Isyak
Segala yang baik hanya dari ALLAH..sebaliknya adalah kelemahan saya sendiri.
Sunday, April 6, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)